Selasa, 10 September 2013

PSIKOLOGI MENURUT IMAM AL-GHAZALI

PETIKAN daripada buku ini yang baik untuk direnungkan :
"Dari sudut Islam selagi psikologi moden tidak mengakui dan mengiktiraf bahawa manusia adalah [ialah] ciptaan Allah SWT dan masalah jiwa pada dasarnya dari ketidakupayaan hati (al-qalb) mempunyai hubungan dengan Penciptanya, selagi itulah psikologi akan gagal memberi penyelesaian yang memuaskan terhadap krisis jiwa manusia moden (2013:10)"

Bezanya teori psikologi Barat seperti Behaviourisme (Skinner), Psikoanalisis (Freud) dengan Islam ialah pokok persoalan yang tidak dihubungkan dengan aspek ketuhanan. Dalam konteks pembentukan personaliti Islam, kebahagiaan dan ketinggian peribadi manusia hanya berlaku apabila wujudnya hubungan yang baik antara manusia dengan Pencipta, yang sekali gus memungkinkan hadirnya akhlak terpuji. Imam Al-Ghazali menghadirkan empat konsep berhubung pembentukan personaliti manusia iaitu al-qalb (hati), al-ruh (roh), al-nafs (jiwa) dan al-'aql (akal).



Sehubungan itu, kita punya pilihan atau sebagai orang Islam lebih tepat lagi keperluan untuk memanfaatkan pandangan Al-Ghazali dan beberapa pandangan ulama' Islam berhubung aspek kejiwaan [Rujuk juga buku Psikologi dalam Kreativiti Menurut Islam suntingan Mohd. Zaidi Ismail terbitan IKIM] atau sebaliknya, dalam mengkaji dan meneliti persoalan berhubung kejiwaan manusia.

Nota : Buku ini sekadar untuk bacaan mudah. Terdapat beberapa kesalahan teknikal yang wajar dielakkan dalam penerbitan ilmiah. Dibeli pada Jumaat tengah hari 12 Julai 2013 di UKM. Selesai baca pada Jumaat pagi 6 September 2013 di UPM.

3 ulasan:

  1. Tahniah untuk buku kumpulan esei yang diterbitkan oleh ITBM. Tak sabar nak beli nanti.

    BalasPadam
  2. Salam Sdr. Mohd. Helmi Ahmad

    Terima kasih. Sebahagian besar kumpulan esei itu membincangkan bahasa Melayu dan selebihnya kritikan kesusasteraan. Semoga bermanfaat. Semoga bermanfaat.

    Semoga sdr teruskan menulis yang baik-baik.
    wassalam

    BalasPadam
  3. Malangnya teori psikologi barat lebih mendominasi dan mempengaruhi banyak bidang termasuk pendidikan..
    http://speccikgu.blogspot.com/2014/03/wrong-way.html

    BalasPadam